KAMI PAKAR! BIAR KAMI LAKUKAN UNTUK ANDA...
Mak Cik Duduk Apartmen
Tingkat 15 Kat KL, Buat Duit
Geli-Geli RM5000 Sebulan, Hasil
Ternak Lebah Kelulut..
Untung 10 Sarang Sama Macam Income Sewa Sebuah Rumah...
IBU TUNGGAL kalau dapat duit selepuk RM50k pun, duit tu kalau guna sikit, hari-hari sikit. Lama-lama boleh habis jugak kan?
Ada yang buka restoran perhabis 100K buat beli segala peralatan meniaga. Masuk bulan ke 6 meniaga makin slow. Last sekali jual balik peralatan dapatlah 40k sahaja (jual barang secondhand)
YELAH, WAKTU EKONOMI TAK MENENTU SEKARANG
JIKA TERSILAP PERCATURAN
NAK TAMBAH DUIT, JADI PERHABIS DUIT....
Masih Ada Pilihan!
Bergantung di mana & cara anda membiakkan wang...
Ada orang simpan 100k, sebulan dapat RM500 (sewakan rumah)
30 tahun baru selesai bayar
Ada orang simpan 100k,, setahun dapat RM10000 (melabur ASB)
Tahukah Anda!
Ada orang simpan 100k, sebulan dapat RM4150 (sarang kelulut)
Dalam masa 2 tahun 2 bulan sudah balik modal..
Bulan bulan seterusnya RM4150 bersih anda punya
Assalamualaikum
Dari meja komputer,
Haslizam bin Abu Bakar
012 9826319
Kenapa kami Menawarkan Usahasama ini?
Permintaan madu kelulut sangat tinggi. Ini adalah kerana ianya mempunyai
nilai khasiat yang berkali ganda lebih tinggi dari madu lebah bersengat.
Buat masa ini pengeluaran madu kelulut di ladang kami tidak mencukupi, Ladang kami hanya mampu mengeluarkan lebih kurang 2 tan metrik sahaja madu kelulut sebulan.
Kami memerlukan 5 tan metrik sebulan madu lebah kelulut untuk dicampurkan bersama produk makanan kesihatan dan juga sebagai madu asli untuk pasaran dalam dan luar negara.
Hasil perbincangan dengan pihak MARDI Segamat. Kami mengambil inisiatif untuk menambah 15,000 sarang kelulut (bagi mencapai target 5 tan) dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia untuk menyertai usahasama ini sebagai pemodal.
Siapa Kami?
Nama saya MUHHAMAD NASHRIQ IDEHAM BIN AZAHARI, seorang usahawan dari syarikat
NOVA BABYLON SDN BHD AJL 931916 (711384-V)
Beralamat di No.2, Jalan Nagasari 21, Bandar Segamat Baru, 85000 Segamat, Johor Darul Takzim.
Nova Babylon Sdn.Bhd merupakan sebuah syarikat pengeluar madu asli lebah kelulut dan makanan kesihatan berasaskan madu lebah kelulut.
Nova Babylon Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian ladang, kilang dan pejabatnya sendiri.
Kilang Memproses Hasil Kelulut
Semua produk diproses di kilang milik kami sendiri yang terletak berdekatan
pejabat Nova Babylon iaitu di Anugerah Alam Manufacturing Sdn.Bhd.
Anugerah Alam Manufacturing Sdn. Bhd
Nova Babylon Sdn Bhd mempunyai 6 buah ladang ternakan lebah kelulut (Nova Holistic Organic Trigona Farm).
Kesemua ladang ini berlokasi di Tasik Alai dan Tebing Tinggi, Segamat. Ladang di Tebing tinggi dibuka untuk lawatan orang ramai samada secara individu atau berkumpulan.
Kesemua sarang-sarang kelulut yang terdapat di Nova Holistic Organic Trigona Farm sebahagian besarnya dimiliki oleh individu-individu yang menanam modal dan menjalinkan usahasama penternakan dengan pihak kami.
Pintu masuk ladang Tasek Alai
Ladang di Tebing Tinggi
Syarat-Syarat Perjanjian dan Faedah Usahasama
Secara ringkasnya perjanjian tersebut
Perjanjian ini akan ditandatangani oleh anda, Ceo Nova Babylon dan peguam. Kemudian dimatikan setem di LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI(LHDN SEGAMAT)Semua kos peguam dan duti setem ditanggung oleh pihak NOVA BABYLON SDN BHD.
Muka depan dokumen perjanjian
Surat perjanjian yang ditandatangani peguam dan dimatikan setem di LHDN
Perjanjian ini bertempoh 2 tahun. Anda boleh menyambung semula atau jual balik setelah tempoh tersebut dengan harga yang sama semasa anda beli.
(Berapa banyak pun modal RM yang anda keluarkan untuk membeli sarang, dalam masa 2 tahun sudah balik modal, masuk sahaja tahun ke 3 anda hanya kutip income bersih sahaja tanpa mengalami susut modal)
Anda bersetuju untuk menyerahkan sarang lebah kelulut(log) untuk dijalankan aktiviti penternakannya oleh pihak NOVA BABYLON SDN.BHD. Segala pembiayaan penyelenggaraan berkaitan dengan ternakan kelulut ini ditanggung kedua pihak.Pecahan koloni yang pertama dan ketiga adalah milik syarikat.Pecahan koloni yang kedua dan keempat adalah milik anda dan seterusnya bergilir-gilir.
Setiap sarang milik anda akan diberikan nombor siri dan sijil pemilik haif akan dikeluarkan. Jika ingin melihat sarang kelulut anda, datang saja ke ladang, tunjukkan sijil pemilik haif anda pada pekerja yang bertugas dan mereka akan menunjukkan lokasinya berdasarkan nombor siri pada sijil tersebut.
Sijil pemilik log(sarang kelulut)
Kerosakan/ Force Majuere
Jika berlaku kehilangan, sarang tidak mengeluarkan hasil,serangan musuh
lebah kelulut dan seumpamanya. Pihak syarikat akan menggantikan dengan sarang yang baru.
Pihak syarikat telah menginsurankan sarang tersebut. Ganti rugi akan dibayar
oleh pihak insuran, sekiranya berlaku kebakaran/bencana alam dan penyakit.
Waris
Sarang kelulut dan hasil pendapatan darinya boleh diwariskan kepada sesiapa sahaja yang anda kehendaki.
Pembayaran Dan Pembahagian Hasil
Aktiviti penternakan kelulut mampu menghasilkan purata 500 - 1500gram madu setiap satu sarang sebulan.
Pihak syarikat bersetuju memberi pendahuluan sebanyak rm50 sebulan bagi setiap satu sarang.
Bayaran akan mula dibuat selepas 60 hari dari tarikh perjanjian ditandatangani.
(Ini adalah kerana madu akan mula terhasil setelah tempoh tersebut).
Pihak syarikat akan membeli keluaran dari sarang kelulut pada harga berikut;
Madu – RM100/kgPropolis – RM30/kgBee Bread – RM100/kg
Pengiraan dan bayaran hasil akan dibuat setiap 6 bulan(bulan ke 6, 12, 18 dan 24) setelah jumlah hasil ditolak kos perkhidmatan dan bayaran pendahuluan.
Hasil bersih akan diagihkan kepada kedua-dua pihak mengikut pembahagian berikut;
ANDA mendapat 70%SYARIKAT mendapat 30%
Bayaran akan di”bank in” ke akaun bank anda dan penyata lengkap akan dikeluarkan.
Contoh pendapatan:
Jika anda mempunyai 10 sarang, Pada bulan ke 3 setelah perjanjian, syarikat mula membayar pendahuluan rm500 sebulan. (satu sarang dibayar RM50)
Pada bulan ke 6 setelah hasil jualan madu, propolis dan bee bread bagi kesemua pemilik sarang dikira. Jumlah tersebut akan ditolak kos perkhidmatan, bayaran pendahuluan dan hasil bersihnya dibahagikan 30%:70%.
Hasil bersih 70% ini akan dibahagikan samarata kepada semua pemilik sarang mengikut jumlah sarang yang dibeli oleh mereka.
Kenapa hasil tidak dikira mengikut sarang masing-masing?
Oleh kerana penghasilan madu bagi setiap sarang tidak sama dan bersifat semulajadi (ada sarang yang sikit, ada yang banyak & ada yang belum keluar hasil).
Ditambah pula dengan jumlah sarang yang sudah terlalu banyak dengan jumlah pembelian yang berbeza-beza(ada yang 1-2 unit, ada yang beratus) Jika nak kira satu persatu proses akan menjadi sukar, mengambil masa dan memerlukan ramai pekerja.
Maka hasil madu dikira sekaligus untuk semua sarang dan dibahagikan samarata bagi kesemua pemilik sarang.
Kami Menjemput Anda Melawat Ladang, Pejabat dan Kilang.
Jika anda masih ragu-ragu, kami
menjemput anda untuk melihat sendiri ladang, pejabat dan kilang kami samada secara individu atau berkumpulan.
Pihak syarikat menyediakan pengangkutan bas, sarapan pagi dan makan tengahari. jika nak datang melawat secara berkumpulan dengan syarat:-
Tidak boleh kurang dari 40 individu setiap satu bas serta tidak dibenarkan membawa kanak-kanak(individu dewasa sahaja).
Mesti tiba di Segamat sebelum atau pada pukul 10.00 pagi.
JADUAL LAWATAN KE LADANG NOVA HOLISTIC ORGANIC TRIGONA FARM (SETIAP HARI KECUALI JUMAAT)
1030 PAGI Tiba di ladang (sarapan berupa air dan roti dibekalkan).
1100 PAGI Peserta akan dibawa masuk melihat ladang kelulut.
1130 PAGI Penerangan berkenaan Lebah dan madu kelulut.
1245 T/HARI Menikmati makan tengahari dan solat zohor.
0230 PETANG Di bawa ke pejabat NOVA BABYLON SDN BHD.
0430 PETANG Sesi lawatan berakhir.
PENTING! SILA AMBIL PERHATIAN..
TAWARAN INI BERKUOTA, PENYERTAAN ADALAH TERHAD.
Jumlah sarang sediada sekarang berjumlah lebih kurang 8000.
NOVA BABYLON SDN BHD hanya menyasarkan sebanyak 15,000 sarang sahaja.
Setelah kuota tersebut dicapai, kami akan menutup tawaran usahasama ini.
DAN MEREKA YANG PANTAS MENDAHULUI AKAN BERTERUSAN MENIKMATI HASILNYA.
Video Testimoni Pemilik Haif
Kebanyakan orang yang datang telah merebut peluang keemasan yang ditawarkan ini.
Ramai yang memulakan langkah dengan membeli sarang kelulut dan sentiasa menambah log ini dari masa ke semasa.
Jika sebelum ini kalau nak menternak kelulut, kawasan yang agak luas diperlukan, tapi sekarang anda yang tinggal di tingkat 15 aparment pun boleh ternak kelulut.
Jadi sebelum target dan kuota kami dicapai, rebut peluang ini. Inilah masanya untuk anda mencapai kebebasan kewangan bersama kami.
Untuk pengetahuan anda buat masa ini individu yang paling banyak membeli lot sarang kelulut ialah bekas Tuan Yang Dipertua Sabah, Tun Ahmad Shah iaitu sebanyak 350 sarang.
Income pasif beliau hasil usahasama ini RM17,500 sebulan. Anda bila lagi?
Penafian
Kami menyangkal dakwaan yang mengatakan terlibat dengan aktiviti pelaburan haram dan berkemungkinan akan menipu pelabur-pelabur.
Sekali lagi kami menegaskan bahawa syarikat ini menjalankan perniagaan usahasama yang sah dan tidak terlibat dengan aktiviti aktiviti pelaburan yang meragukan.
Anda dijemput datang, lihat dan fahami sistem operasi usahasama kami bermula dari ladang, pejabat dan kilang.
Usah bertangguh lagi, Peluang adalah terhad.Sekarang masanya untuk anda bertindak.
MUHAMAD NASHRIQ IDZEHAM
Nova Babylon Sdn Bhd
Call/Whatsap 019-6247053
P.S Hubungi saya untuk urusan membeli sarang, melawat ladang, pejabat dan kilang secara individu atau berkumpulan.
P.S.S Komisen lumayan untuk ejen pengenal, hubungi segera untuk maklumat lanjut.